Nabi saw telah mengkhabarkan kepada sahabatnya mengenai golongan AhluLLah ini. Mereka adalah yang mencintai al-Quran al-Kareem. Mereka mendapat keistimewaan di sisi Allah di kalangan manusia2 lainnya. (mafhum hadith : riwayat Nasa’ie, Ibn Majah, dan Hakim)

Tuesday, December 29, 2009

Pertukaran Pucuk Pimpinan Majlis Tertinggi Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PERKEMAT)

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah,tuhan sekelian alam.Segala puji bagi Allah,tuhan pentadbir alam.Segala puji bagi Allah tuan pencipta Adam dan Hawa.

Alhamdulillah,hari ini 29 disember 2009 bersamaan hari selasa,seluruh mahasiswa Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak telah menjalankan kewajipan keluar mengundi untuk memilih pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PERKEMAT).Seramai 16 orang calon telah ditetapkan dan sesi berkempen telah dimulakan selama 2 minggu,bermula 2 minggu lepas.

Semuanya telah berjalan dengan sempurna walaupun dicelah-celah kemeriahan berkempen terpalit sedikit kejadian yang tidak diingini,namun itu tidak membakar semangat calon untuk terus menyebarkan manifesto serta melancarkan kempen secara besar-besaran.

Sebuah jawantankuasa pilihanraya telah ditubuhkan dan ini adalah satu sejarah bagi Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak dalam menjalankan pilihanraya daripada tahun-tahun sebelumnya.

Maka seperti biasa ini adalah nama-nama calon yang dipilih oleh pengundi di MTQ Perak :


Presiden : Saudara Mohd Zahir Bin Zamziba.

Naib Presiden : Saudara Nukman Bin Jurkapali

Setiausaha : Saudara Ahmad Muaz Bin Othman

Bendahari : Saudara Zahid Bin Zamziba

Exco-exco

Exco dakwah dan tarbiyah : Saudara Mohd Fahmie Bin Sopian

Exco Pengetahuan ilmiah dan Audio Visual : Saudara Mohd Haikal Bin Mohd Ayob

Exco Kewangan dan koperasi : Saudara Hanis Bin Ishak

Exco Kebajikan dan riadhah : Saudara Anuar bin Dahnan

Sejarah Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak Darul Ridzuan

Kursus pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah bermula penubuhannya pada 4 September 1985 dalam bentuk kursus sepenuh masa. Seramai 10 orang penuntut telah dipilih mengikuit kursusyang pertama kalinya diaadakan di Negeri Perak Darul Ridzuan pada masa itu, sesuai dengan tarafnya sebagai kursus percubaan. Kursus Tahfiz Al-Quran itu hanya dikelolakan oleh Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah ke II dan dibantu oleh tenaga pengajar sambilan terdiri daripada 2 orang pensyarah dalam bidang Tahfiz dan seorang pensyarah dalam bidang Akademik Islam.

Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ini kemudian diperakui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 1099 bertarikh 9 Julai 1986.

Kursus ini pada mulanya diadakan di bangunan Asrama Masjid India Muslim Jalan Senivasagam, Ipoh. Walau bagaimanapun selepas 2 tahun penuntut-penuntut telah dipindahkan ke asrama rumah kerajaan di Jalan Koo Choo Koo. Sementara pengajian diadakan di Masjid Sultan Idris Shah Ke II Ipoh (Masjid Negeri Ipoh).

Selepas 7 tahun pengajian dan dengan keadaan asrama yang uzur serta bilangan penuntut yang semakin bertambah dari masa ke semasa, Jabatan Agama Islam dengan kerjasama majlis telah menempatkan penuntut-penuntut di Bangunan Baitulmal Jalan Dato Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir(Kolej Islam Perak(KIP)) Sekarang.Penempatan mereka di bangunan tersebut adalah selama 2 tahun. Kemudiannya Maahad ini dipindahkan ke Bangunan ADDIN Jalan Lapangan Terbang Kampung Melayu Ipoh selama 5 tahun. Setelah Bangunan Institut Tadbiran Islam Perak(INTIM) Masjid Sultan Azlan Shah,Jalan Raja Musa Mahadi Ipoh telah siap, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak telah dipindahkan ke bangunan tersebut sehingga sekarang.

Pada masa ini seramai 40 orang penuntut sedang mengikuti kursus di Maahad ini. Semua penuntut yang mengikuit pengajian ini dibiayai sepenuhnya oelah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia termasuklah perbelanjaan asrama,makan minum dan yuran pengajian serta wang saku.