Nabi saw telah mengkhabarkan kepada sahabatnya mengenai golongan AhluLLah ini. Mereka adalah yang mencintai al-Quran al-Kareem. Mereka mendapat keistimewaan di sisi Allah di kalangan manusia2 lainnya. (mafhum hadith : riwayat Nasa’ie, Ibn Majah, dan Hakim)

Monday, July 26, 2010

LAPORAN REHLAH HUFFAZ MTQ PERAK KE ITQAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR
MA’AHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT
NEGERI PERAK


LAPORAN PROGRAM :
PROGRAM REHLAH HUFFAZ MA’AHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT NEGERI PERAK
KE
INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN (ITQAN)
TARIKH : 22 & 23 JUN 2010



ANJURAN :
PERKEMAT 2010















1.0 PENGENALAN

Persatuan Kebajikan Pelajar Ma’ahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Negerti Perak (PERKEMAT) telah menganjurkan program “Rehlah Huffaz ke Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) pada 22 dan 23 Jun 2010. Program lawatan ini dianjurkan bertujuan bagi mengeratkan ukhwah islamiyyah di antara warga MTQ Perak dan warga ITQAN. Selain itu program ini juga bertujuan bagi bertukar-tukar buah fikiran dan mengambil maklumat berkaitan sistem pengajian atau kemudahan infrastruktur di tempat masing-masing.






2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

TARIKH : 22 & 23 JUN 2010 (SELASA & RABU)
TEMPAT : INSITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN (ITQAN) GEMENCEH
PENGANGKUTAN : SEWAAN BAS (AROWANA EKSPRES)
JUMLAH PESERTA : 36 SISWA MTQ PERAK
: 4 ORANG PENSYARAH
: 1 ORANG KANAK-KANAK (MULYA)



















3.0 TENTATIF PROGRAM


SELASA : 22 JUN 2010

11.30 MALAM : BERTOLAK DARI INTIM

RABU : 23 JUN 2010

5.00 PAGI : SAMPAI KE NEGERI SEMBILAN
: BERSIAP-SIAP DAN SOLAT SUBUH DI MASJID TUNKU

8.00 PAGI : SARAPAN DI PEKAN

9.00 PAGI : TIBA DI ITQAN

9.10 PAGI : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

9.20 PAGI : BACAAN DOA

9.30 PAGI : UCAPAN WAKIL PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA & SISWI ITQAN (PAKSI)

9.40 PAGI : UCAPAN WAKIL MTQ PERAK – AL-FADHIL USTAZ MAZLAN B ZAINI

10.30 PAGI : UCAPAN WAKIL ITQAN –

11.00 PAGI : SESI SOAL JAWAB

11.30 PAGI : REHAT DAN KUDAPAN

11.45 PAGI : JELAJAH DI SEKITAR ITQAN DAN SESI BERGAMBAR

12.00 T/HARI : REHAT


2.00 PETANG : SOLAT ZOHOR DAN MAKAN

2.30 PETANG : PERLAWANAN PERSAHABATAN
- BOLA SEPAK (MTQ PERAK TEWAS 4-2)
- PING PONG (MTQ PERAK MENANG SATU SET SAHAJA)
- BADMINTON (MTQ PERAK SERI DENGAN ITQAN)
- SEPAK TAKRAW (MTQ PERAK MENANG SATU SET SAHAJA)
- BOLA TAMPAR (MTQ PERAK SERI DENGAN ITQAN)

5.00 PETANG : MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYERAHAN CENDERAHATI

5.30 PETANG : BERTOLAK PULANG

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Yg Berbahgia Dato’ Sheikh Mohamah Nor bin Mansor Al-Hafiz
Penasihat Program : Al-Fadhil Ustaz Mazlan bin Mohd Zaini
Pengarah Program : Muhammad Hanis bin Ishak
Timbalan Pengarah : Muhammad Fahmie bin Sopian
Setiausaha : Ahmad Muaz bin Ahmad Othman
Bendahari : Muhammad Zahid bin Zamziba

Ahli Jawatankuasa Kecil :

Unit Pengisian & Perhubungan : Muhammad Haikal Fansuri bin Hj Mohd Ayob
: Muhammad Khairul Anuar bin Dahnan

Unit Pengangkutan & Cenderahati : Muhammad Nik Zahir bin Zamzibar
: Nukman bin Jurkapali




5.0 PENGHARGAAN

Kami dari Jawatankuasa Program Rehlah Huffaz MTQ Perak ke ITQAN anjuran PERKEMAT 2010 ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tenaga pelaksana yang sama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada warga ITQAN yang berhasil memberikan yang terbaik kepada lawatan ukhwah ini. Segala letih jerih dan susah payah yang dilalui bersama pastinya hanya Allah SWT lebih mengetahui, justeru hanya Dia lah yang selayaknya membalas usaha kita semua. Kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung, kami mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira.

Kepada generasi pelapis yang akan menggantikan kepimpinan PERKEMAT sesi 2010, kami doakan kalian dapat meneruskan program-program penuh manfaat seperti ini di masa yang akan datang. Semoga berjumpa lagi di lain program dan di lain masa. Taklif Laisa Tasyrif, Salam Perjuangan.


Disediakan oleh,


……………………………………………….
(AHMAD MUAZ BIN AHMAD OTHMAN)
Setiausaha Program,
Rehlah Huffaz ke ITQAN 2010

DI MANA TUHAN DALAM HIDUP KAMU?

Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Bertemu lagi kita dalam Kalam Huffaz edisi ke-4. Kami di sidang redaksi mendoakan agar pembaca kekal dalam kerahmatan serta dapat terus mengecapi 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada dua penuntut Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak, iaitu saudara Khairul Anuar bin Dahnan dan saudara Luqman Hafiz bin Mazlan atas kejayaan mereka berdua menjadi johan bagi kategori masing-masing dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak yang berlansung baru-baru ini. Alfun Mabruk.
Minggu lalu,isu pemakaian tudung ‘meletup’ selepas Perancis dan Belgium mengumumkan usaha mengharamkan pakaian berpurdah termasuk burqa dan niqab. Ketika artikel ini ditulis, di Nantes Perancis, seorang wanita dikenakan denda 22 euro (RM74) kerana memandu dalam keadaan memakai niqab. Kemudian, seorang remaja perempuan di Kosovo Timur, Arjeta Halemi, menghadapi masalah dilarang bersekolah kerana memakai tudung kepala. Pihak sekolah memberitahu Arjeta pada Januari tahun lalu bahawa dia perlu membuka tudung kepala untuk kembali memasuki kelas. Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dua tahun yang lalu dan pihak berkuasa tidak mahu unsur keagamaan dilihat di institusi awam. Bagaimananpun, Arjeta mewakili golongan memakai tudung yang mencabar peraturan seperti itu.
Inilah realiti yang berlaku di luar sana.Ketika penganut Islam di negara luar bersungguh-sungguh mempertahankan pemakaian menutup aurat sebagai satu tuntutan agama, kenapa masyarakat kita masih lebih Barat daripada Barat? Seolah-olah tidak mengetahui ianya satu perintah Allah. Daripada yang bergelar pemimpin, kemudian golongan cerdik pandai dan profesional, artis-artis hiburan dan orang-orang awam. Hendak dikatakan jahil, boleh pula bertudung sewaktu menunaikan umrah di Mekah. Boleh pula mengenakan tudung ketika majlis akad nikah dan sebagainya. Ini tidak termasuk mereka yang bertudung sekadarnya sahaja tetapi pakaian lain serta penampilan pula terlalu jauh dari apa yang dikatakan menutup aurat dengan sempurna.
Belum sampai seru, tidak mahu dikatakan hipokrit dan seribu satu alasan lain bisa sahaja digunakan. Harus ditanya, tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu? Mungkin jawapannya ialah kerana Tuhan bukan lagi prioriti utama. Sebab itu berani beralasan. Bermalas-malas melakukan perintah Tuhan.
Tulisan ini bukan ingin memberi tahu, tetapi sekadar ingin mencetus mahu. Mahu melaksanakan apa yang disuruh-Nya, dan mahu meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Adapun persoalannya kini, pentingkah TUHAN dalam hidup kamu?

(Artikel ini pernah disiar dalam Kalam Huffaz Edisi Keempat)

TAKUTKAN ALLAH KETIKA SENDIRIAN

Saban hari kita melihat di dalam akhbar dan kaca televisyen perihal keruntuhan akhlak dan salah laku manusia. Perilaku dosa, gejala sosial, maksiat serta jenayah semakin hari semakin membimbangkan kita. Hingga ke satu tahap, persoalan demi persoalan akan mula bermain di minda. ”Mengapakah dia sanggup buat semua ini? Tidak takutkah pada azab Allah di akhirat kelak?
Dalam memperhalusi punca masalah ini, harus kita akui, ada sebilangan manusia yang membuat maksiat secara terang-terangan. Namun, majoriti manusia sebenarnya melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi, ketika bersendirian atau ketika tiada mata-mata manusia melihatnya.
Anak remaja yang kemaruk bercinta sehingga berzina, biasanya lebih sukakan privasi. Kakitangan syarikat yang pecah amanah, melakukannya secara sembunyi. Penguat kuasa undang-undang yang mahukan rasuah, akan memintanya dengan isyarat tersendiri. Pemimpin yang menyeleweng wang rakyat, lebih suka mengaburi perbuatan itu dengan pelbagai aktiviti dan transaksi agar tiada siapa yang curiga. Semua ini dan ribuan contoh-contoh lain menggambarkan manusia cuba menutupi kesalahannya dengan melakukannya secara rahsia. Secara sedar, dia melakukannya di hadapan Allah SWT, Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perilaku hamba-hambaNya.
Kita ini manusia yang sihat akal, Malah beriman kepada Allah SWT. Cuma lagi, tahap kepercayaan bahawa Allah SWT itu Maha Melihat tidaklah seperti yang diharapkan. Ringkas kata, para pembuat dosa dan pelaku maksiat ini tidak takutkan Allah SWT ketika mereka bersendirian. Berapa ramai dalam kalangan kita yang TAHU DI AKAL Allah itu Maha Melihat? dan berapa ramai pula yang SEDAR DI HATI bahawa Allah itu Maha Melihat?
Itulah sebabnya, Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar sentiasa takut kepada Allah. Itulah yang dinamakan sebagai Takwa. Takwa itu adalah rasa takut kepada Allah SWT yang tertanam di dalam hati orang beriman.
Dan Nabi bersabda yang bermaksud :
"Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada dan ikutilah perbuatan yang buruk dengan perbuatan yang baik, maka kebaikan kamu tadi dapat menghapus keburukan dan bergaul lah dengan manusia dengan budi pekerti yang baik" (Riwayat Imam Tirmidzi)
Akhir kata, marilah sama sama kita mencari dan berusaha untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah setiap masa dan ketika, di mana sahaja kita berada. "Jagalah Allah (yakni suruhan dan laranganNya), nescaya Allah akan menjaga kamu, peliharalah Allah, pasti kamu akan dapati Dia di depan kamu". Wassalam.

(Artikel telah tersiar di dalam Kalam Huffaz Edisi Kedua)

BERWUDUK ZAHIR DAN BATIN

Suatu hari, Isam Bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid (ahli ibadah) bernama
Hatim Al Assam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”
Isam bertanya : “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata : “Wuduk zahir itu sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh HATI dengan tujuh perkara :

Bartaubat.
Menyesali dosa yang telah dilakukan.
Tidak tergila-gilakan dunia.
Tidak mengharapkan pujian orang.
Tinggalkan sifat riyak.
Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian Hatim menceritakan bagaimana dia memulakan solatnya :
“Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku merasakan seolah-olah ALLAH
di hadapanku, SYURGA di sebelah kananku, NERAKA di sebelah kiriku, MALAIKAT MAUT berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah aku sedang berdiri di atas
TITIAN SIRATUL MUSTAQIM dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik”
Hatim menyambung lagi : “Setiap bacaan dan doa didalam solat aku fahami maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”
Maka menangislah Isam mengenangkan keadaan solatnya selama ini..

(kisah ini telah tersiar dalam Kalam Huffaz Edisi Pertama)