Nabi saw telah mengkhabarkan kepada sahabatnya mengenai golongan AhluLLah ini. Mereka adalah yang mencintai al-Quran al-Kareem. Mereka mendapat keistimewaan di sisi Allah di kalangan manusia2 lainnya. (mafhum hadith : riwayat Nasa’ie, Ibn Majah, dan Hakim)

Monday, July 26, 2010

BERWUDUK ZAHIR DAN BATIN

Suatu hari, Isam Bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid (ahli ibadah) bernama
Hatim Al Assam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”
Isam bertanya : “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata : “Wuduk zahir itu sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh HATI dengan tujuh perkara :

Bartaubat.
Menyesali dosa yang telah dilakukan.
Tidak tergila-gilakan dunia.
Tidak mengharapkan pujian orang.
Tinggalkan sifat riyak.
Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian Hatim menceritakan bagaimana dia memulakan solatnya :
“Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku merasakan seolah-olah ALLAH
di hadapanku, SYURGA di sebelah kananku, NERAKA di sebelah kiriku, MALAIKAT MAUT berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah aku sedang berdiri di atas
TITIAN SIRATUL MUSTAQIM dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik”
Hatim menyambung lagi : “Setiap bacaan dan doa didalam solat aku fahami maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”
Maka menangislah Isam mengenangkan keadaan solatnya selama ini..

(kisah ini telah tersiar dalam Kalam Huffaz Edisi Pertama)

No comments:

Post a Comment